Friday, August 10, 2012

Lembah Lenggong Dan Grik Pusat Agro-Eco Tourism

Lembah Lenggong di Ulu Perak ialah salah satu kawasan di Malaysia Barat yang mempunyai sejarah yang amat significant dari segi arkeoloji zaman prasejarah.Bandar Lenggong di Ulu Perak letaknya kira-kira 100 km ke utara bandar Ipoh dan kira-kira 300 km dari Kuala Lumpur.Letaknya bandar Lenggong di pertengahan jalan Lebuh Raya Kuala Kangsar - Grik.Dengan pembinaan Lebuh Raya Kuala Kangsar Grik di bawah pemerintahan BN yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Tajol Rosli Bin Tan Sri Ghazali selaku Menteri Besar Perak pada masa itu kawasan Lenggong dan Grik terbuka kepada pihak luar.Bandar-bandar yang dahulunya kecil telah berkembang antaranya termasuk Lenggong,Grik,Pengkalan Hulu dan Betung.Lenggong sekarang telah mempunyai Kompleks Pejabat Daerah yang luas dan lengkap termasuk Pejabat Majlis Daerah.Rumah Rehat juga telah dibina semula dan yang membanggakan ianya diurus oleh bumiputera yang tidak kurang cekapnya seperti kaum lain.Selain itu terdapat tiga buah sekolah menengah baru dan sebuah sekolah kebangsaan.Ini tidak termasuk sekolah-sekolah kebangsaan yang baru yang di bina di luar bandar seperti di Temelong,Banggul Belimbing,Lubok Kawah,Kuak dsbnya.Bali Polis dan Pusat Kesihatan juga telah mendapat bangunan baru dan lengkap dengan doktor yang menjalankan tugas harian.Semasa saya bersekolah dahulu zaman pra merdeka dan baru merdeka apa yang ada sangat daif dan memenuhi keperluan asas sahaja. Bagi memenuhi keperluan pelajar cemerlang terdapat dua buah maktab rendah sains mara.Sebuah di Grik dan sebuah di Kota Tampan Lenggong.Sebuah institusi perubatan sedang di bina tidak jauh dari Tasek Raban Lenggong.

Di kawasan Grik sebuah Hospital Daerah telah dibina dan dilengkapkan dengan doktor pakar.Pengkalan Hulu telah dibangunkan dengan sebuah mesjid yang besar dan selesa,kompleks angkatan tentera yang lengkap untuk keperluan bertugas di sempadan Malaysia- Thailand.Di Betong kawasan sempadan telah dibina kawasan perniagaan khususnya untuk bumiputera serupa dengan Bukit Kayu Hitam di Kedah. Semua ini adalah hasil buah fikiran wakil-wakil rakyat tempatan seperti YAB Dato' Seri  Tajol Rosli Bin Tan Sri Hj Ghazali,YB Dato' Seri Nazri Bin Tan Sri Aziz Menteri di Jabatan PM,wakil-wakil rakyat tempatan,pemimpin-pemimpin yang lain termasuk YBhg Dato' Omar Bin Ismail bekas Speaker DUN Perak dan pemimpin-pemimpin bukan bumiputera.

Pada 30hb Jun,2012 Lembah Lenggong di Perak telah diiktiraf  sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).Mengikut YB Dato' Seri Dr Rais Bin Yatim Menteri Penerangan dan Komunikasi Malaysia pengiktirafan tersebut adalah hasil usaha Jabatan Warisan Negara yang diketuai oleh Professor Dr Zuraina Binti Majid yang berkerja keras unuk merealisasikan menjadikan Lembah Lenggong sebagai kawasan bersejarah untuk diiktiraf oleh Unesco.

No comments:

Post a Comment