Tuesday, October 16, 2012

Majlis Persaraan Puan Kamariah Bt Salim

Majlis Persaraan Puan Pegawai Pendidikan Daerah Klang Puan Kamariah Bt Salim telah diadakan pada 15hb Oktober,2012 dengan majlis yang gilang gemilang di Dewan Utama PPD Klang.Ianya bertemakan "Sanjungan Budi Semarak Kasih".Puan Kamariah bersara pada usia 56 tahun kerana ingin menumpukan kepada keluarga dan kegiatan amal.Majlis tersebut telah diresmikan oleh Pengarah Pelajaran Selangor Tn Hj Mahmud Bin Karim yang juga bekas PPD Klang.Majlis ini dihadiri oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor,semua Ketua Sektor JPN,semua PPD dalam Negeri Selangor,semua Pengetua dan Guru Besar dalam Daerah Klang,majlis-majlis pengurusan dalam Daerah Klang seperti Majlis Penolong Kanan Sekolah Menengah,Majlis Pembantu Makmal  dan persatuan-persatuan yang ada kaitan dengan pendidikan seperti  PBPPPM DC Klang,KPPK dsbnya.
Puan Kamariah dilahirkan pada 16hb Oktober,1956 di negeri Trengganu Darul Iman.Beliau adalah lepasan SM Agama Sultan Ismail Dungun Trengganu dan Kolej Islam Klang.Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di UKM Bangi dan lulus dengan kepujian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Diploma Pendidikan.Selain dari menjadi pendidik beliau bergerak cergas dalam Puteri Islam dan program-program peningkatan akademik di peringkat Daerah dan Negeri Selangor.Sebelum menjadi PPD beliau juga seorang Pengetua Cemerlang.
Tuan Pengarah Pelajaran Selangor dalam ucapannya memberi tahu beliau pernah bertugas bersama-sama Puan Kamariah dan mendapati dari awal-awal lagi bakat kepimpinan beliau telah dikesan.Pribadi Puan Kamariah lemah lembut,mudah mesra dan disenangi oleh rakan dan taulan.Beliau berkebolehan dalam bidang kaunseling dan pernah bertugas di sebuah sekolah menengah yang masyur mempunyai murid yang bermasalah dari segi displin dan beliau telah berjaya dalam ujian tersebut.Semasa beliau ditawarkan jawatan Pegawai Pelajaran Daerah Klang beliau tidak menunjukkan sifat-sifat gila pangkat dan memohon beliau berfikir dahulu.Setelah dinasihati oleh kawan-kawan barulah beliau menerimanya.Tuan Pengarah berkata beliau berfikir sepuluh kali dan baru menerimanya.Seterusnya Tuan Pengarah berkata kalau sesuatu pangkat dan jawatan itu milik kita Allah telah tentukan dari awal lagi di Luh Mafuz.Tuan Pengarah seterusnya mengistiharkan Puan Kamariah dinaikkan pangkat ke DG 54 sebelum bersara.Alhamdulillah dan tahniah dari rakan dan taulan termasuk dari PBPPPM DC Klang dan ahli-ahlinya.Oleh kerana surat sudah  dikeluarkan beliau juga mengistiharkan Puan PPD yang baru mulai 16hb Oktber,2012 iaitu Puan Hajjah Adliyah Bt Ramli Pengetua SMK La Salle Klang.Pegawai Pendidikan Daerah yang baru ini Tuan Pengarah telah kenal lama.Saya teringat kepada dalam satu majlis mesyuarat bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2012 Puan Kamariah sangat menghormati saya dan menghargai jasa-jasa PBPPPM DC Klang dan guru-guru terdahulu.Kenangan ini akan saya ingati seumur hidup.Amin.Kita tidak mahu jangan ada guru yang melupakan jasa guru yang terdahulu.Kata pepatah Melayu jangan ketawa ketika upeh di atas jatuh.Upeh di bawah akan jatuh juga.Sebenarnya seorang pentadbir jangan mengambil keputusan mengikut nilai-nilai pribadi.Sebagai panduan gunakan nilai kumpulan,komuniti dan masyarakat.Sebagai seorang pentadbir apa yang kita buat diperhatikan oleh ketua kita atau masyarakat sekitar kita.Tuan Pengarah Pelajaran Selangor yang perhubungan manusianya cemerlang dapat mengesan nilai-nilai ini dalam usaha beliau meningkat mobiliti kakitangan di bawahnya ke tingkat yang lebeh tinggi.Pengetua atau Guru Besar seharus mempunyai perhubungan manusia yang hebat seperti yang telah pernah ditunjukkan oleh pegawa-pegawai tinggi Perkhidmatan Pendidikan terdahulu.Antaranya Tan Sri Murad bin Mohd Nor,Tan Sri Abd Rahman Bin Arshad,Tan Sri Dr Shukor Bin Abdullah,Tan Sri Rafae Bin Mahat,Dato' Dr Isa Bin Ramli,Dato' Jumaat Bin Mohd Noor,Tn Hj Othman Bin Zakaria,Jariah Bt Napiah dan ramai lagi.Perkhidmatan Pendidikan adalah milik kita semua.Kitalah yang menjaganya.Kehebatan pemimpin dahulu adalah anak didik guru dahulu.Semua sedia maklum sekolah adalah penjana tenaga manusia.Murid-murid kita akan jadi pemimpin,ahli politik,orang-orang professional,guru,doktor dsbnya.Pengetua/Guru Besar pula adalah agen perubahan di sekolah dan beliaulah memimpin guru-guru,murid-murid dan kakitangannya ke arah melaksanakan dasar-dasar Kementerian Pendidikan.Masa depan negara bergantung kepada guru.
Gambar 1 menunjukkan Puan PPD yang baru Pn Hajjah Adliyah Bt Ramli bekas Pengetua SMK La Salle Klang dengan barisan guru perempuan yang hadir.
Gambar 2 menunjukkan barisan kepimpinan PBPPPM DC Klang bersama-sama dengan PPD baru.Mereka ini di panggil oleh Tuan Pengarah ahli-ahli YB.
Gambar 3 menunjukkan kehadiran Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Daerah Klang termasuk Pengetua MGS Klang.
Gambar 4 menunjukkan kehadiran Guru-Guru Besar perempuan dari Daerah Klang termasuk Pn Lee Peng Shin SRK Convent 1 Klang.
Gambar 5 Puan Kamariah Bt Salim diapit oleh Tuan Pengarah Tn Hj Mahmud Bin Karim dan Timbalan PPD Klang Tn Hj Abd Rahman Bin Md Isa.
Gambar 6 menunjukkan majlis dihadiri oleh Tuan OCPD Balai Polis Klang Selatan Kapar Selangor.

No comments:

Post a Comment