Thursday, October 18, 2012

Lawatan Biro Kebajikan Dan Sosial PBPPPM DC Klang 16 Oktober,2012

Biro Kebajikan dan Sosial PBPPPM DC Klang telah membuat lawatan ke rumah Bekas Pengerusi PBPPPM DC Klang Tn Haji Abdul Majid Bin Abd Wahid di Dengkil Sepang pada 16hb Oktober,2012.Lawatan ini terdiri dari Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim,Naib Pengerusi Tn Hj Shaari Bin Hj Abdullah,Tn Setiausaha Agong PBPPPM Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali dan isteri Pn Anniswal Bt Sabaruddin.Selain itu ianya juga turut dihadiri oleh Setiausaha En Norhamdan Bin Baharin dan Bendahari Tn Hj Abd Muaz Bin Ibrahim.Turut serta juga Penolong Bendahari PBPPPM merangkap jawatankuasa PBPPPM DC Klang Tuan Hj Sukarman Bin Sanuri.Lawatan tersebut mempunyai dua tujuan.Pertama menziarahi Tn Hj Abd Majid yang isterinya meninggal dunia beberapa hari yang lalu dan pihak kami telah menyampaikan wang Khairat Kematian dan mengucapkan Takziah kepada keluarga tersebut.Kedua ialah untuk melawat Tn Hj Abd Majid yang telah jatuh sakit kerana 'sroke' sejak 9 tahun yang lalu.Keadaanya nampak lebeh sihat dan sudah boleh duduk atas kerusi roda.Beliau kelihatan bagitu gembira dengan kedatangan rombongan kami.Kami juga berharap dalam masa yang akan datang kami dapat melawat lagi ahli kami ini yang telah berjasa kepada PBPPPM DC Klang dan perjuangan guru dahulu selaku Pengerusi DTC Selangor.Semasa bertugas dahulu saya selalu berjumpa dengan beliau dalam mesyuarat-mesyuarat yang ada dengan kepentingan profession perguruan.Saya mewakili NUTP/KPPK dan beliau mewakili guru latihan DTC.Mukanya nampak serius tetapi sebenarnya beliau seorang yang mudah mesra dan peramah apabila telah kenal.Beliau kenal dengan saya kerana saya bekas Pengetua SMK Telok Datok Banting Selangor.Bapa saudara beliau ialah Cik Gu Arshad Bin Rejab seorang guru matematik yang berpengalaman di sekolah saya.Saya berkawan baik dengan Cik Gu Arshad kerana beliau kenal ramai orang termasuk pegawai kanan di Kementerian Pelajaran.Cik Gu Arshad ini juga ialah kawan sekolah Professor Hamzah Bin Sendut (UM).Apabila ingin berjumpa dengan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pelajaran berkaitan dengan sekolah saya sering bawa Cik Gu Arshad bersama.Pada masa itu tahun 1970han Kementerian Pelajaran letaknya di Federal House Kuala Lumupur tidak jauh dari Jalan Hishamuddin.Oleh kerana hubungan saya dengan Kementerian Pelajaran mesra sekolah saya tidaklah kekurangan guru khususnya guru sains dan matematik.Pada masa itu Kementerian Pelajaran menggunakan tenaga guru sains dan matematik dari Indonesia secara kontrak.Untuk Bahasa Inggeris Kementerian Pelajaran menggunakan 'Peace Corp' dari Amerika Syarikat.Semasa saya menjadi Pengetua di SMK Telok Datok Banting Menteri Pelajaran ialah YB Dato' Seri Dr Mahathir Bin Mohamad.Setiausaha Politik beliau ialah Dato' Seri Megat Joned Bin Megat Ayob maka semua masalah sekolah dapat di atasi dengan segera.Pada masa itu saya juga adalah Setiausaha UMNO Bahagian Kapar dengan kebenaran dari Kementerian Pelajaran.Seorang lagi yang rapat dengan saya ialah Dato' Samad Bin Maharuddin yang juga pada masa itu pegawai khas YAB Dato' Harun Bin Hj Idris Mentei Besar Selangor.Dengan pertolongan Dato' Samad Bin Maharuddin ini SMK Telok Datok merupakan sekolah pertama di luar bandar di Kuala Langat yang memiliki surau sekolah.Peruntukan didapati dari pejabat Menteri Besar Selangor YAB Dato' Haji Hormat Bin Rafae.Pengetua dan Guru Besar mestilah mempunyai hubungan yang erat dengan pihak luar kalau sekolah ingin maju termasuk Tuan Pegawai Daerah.Pada masa itu Pegawai Daerah juga adalah YDP Majlis Daerah.Majlis Daerah juga pada masa itu boleh membantu sekolah membuat infrastruktur seperti jalanraya,pagar,paip,tandas dsbnya.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan Pengetua,saya bekas pelajar SMK Telok Datok ,Banting(1976-1983) berasa terharu membaca berita ini.

    ReplyDelete