Monday, May 13, 2013

Majlis Meraikan Tokoh-Tokoh Guru Dari Klang Bagi Tahun 2011 Dan 2012

Majlis meraikan Tokoh-Tokoh Guru dari Daerah Klang telah diadakan di Hotel Concorde Shah Alam pada hari Ahad 12hb Mei,2013 yang lalu pada pukul 12 tengah hari dalam majlis yang gilang gemilang dan di resmikan oleh Pn Pegawai Pendidikan Daerah Klang Pn Adliyah Bt Ramli bagi pihak Pengarah Pelajaran Selangor.Tetamu Kehormat ialah YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail bekas Speaker DUN Selangor.Turut hadir selain Pn PPD ialah Ketua Unit Pengurusan Sekolah Encik Shokimi Bin Saman dan Tn Hj Rosman Bin Warjono bekas Nazir 
mesjid Ar Sharif Meru Klang.Tokoh-Tokoh guru tersebut adalah seperti berikut:-
i)Encik Hairuddin Bin Dahlan bekas Guru Besar SK Sementa Klang dan bekas Pengerusi DTC Negeri Selangor (Tokoh Guru Daerah 2011)
ii)Pn Bahariah Bt Bustaman Bekas Pengetua Cemerlang SMK Convent Klang (Tokoh Guru Daerah Klang 2012)
iii)Pn Kamariah Bt Zainuddin bekas Pengetua SMK Rantau Panjang Klang(Tokoh Guru Negeri Selangor 2012)
iv)Mohd Azman Bin Abd Rashid bekas Guru Besar Sekolah Harapan Negara SK Telok Pulai Klang.(Tokoh Guru Kebangsaan 2012)
Tn Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim dalam ucapannya mengingatkan kita semua untuk menjadi seorang Tokoh Guru bukanlah mudah.Pertamanya jika beliau seorang guru mestilah merupakan seorang guru yang cemerlang dalam bilik darjah dan aktif dalam kegiatan luar sekolah termasuk hubungan dengan pihak luar seperti dalam khidmat sukarela seperti NGO atau kegiatan masyarakat yang lain.Jika beliau se
orang Pengetua atau Guru Besar mestilah merupakan seorang pentadbir yang cemerlang selain atif dalam kegiatan luar sekolah dan pehubungan dengan pihak awam.Beliau mestilah merupakan seorang pentadbir yang serba serbi boleh dan mempunyai sifat-sifat istimewa.
Seterusnya Tn Hj Ajidan memberi tahu majlis profesion perguruan adalah profesion mulia.Ianya sama tua dengan budaya manusia kerana Nabi Adam SAW merupakan guru pertama di dunia.Hari ini menjadi guru adalah sama taraf dengan PTD kerana Skim Gaji adalah sama.Pada
masa sekarang untuk menjadi guru mesti mempunyai keputusan semua A dalam peperiksaan SPM sebelum diterima masuk ke Universiti menjadi guru siswazah.Perjuangan memertabatkan guru mengambil masa yang lama kira-kira 80 tahun dahulu.Mula-mula guru latihan SITC dan MWTC dalam tahun 1920han.Latihan lain termasuk guru normal,lepasan  maktab perguruan harian dsbnya.Untuk mereka yang mendapat gred yang baik di hantar ke luar negeri seperti Brinsford Lodge dan Kirkby College England.Bagi guru Bahasa di hantar ke Maktab Bahasa Lembah 
Pantai Kuala Lumpur dan Bukit Senyum di Johore.Semasa dalam tahun 1960han guru-guru dihantar belajar di UM Kuala Lumpur untuk jadi guru siswazah.Tahun1970han dan 1980han di adakan program pensiswazahan guru sekolah rendah dan menjelang tahun 2020 semua guru di sekolah rendah dan menengah mempunyai ijazah.Semua transformasi dalam profesion perguruan ini adalah hasil usaha kerajaan BN.Oleh itu semua guru harus memahami sejarah dan menghayatinya dan bukan menjadi penentang kepada BN.Seterusnya Pn PPD Klang Pn Adliyah Bt Ramli berterima kasih kepada PBPPPM DC Klang kerana pegawai-pegawainya merupakan bekas-bekas Pengetua dan pegawai PPD yang cemerlang khidmat mereka dan menjadi penunjuk dan mentor kepada beliau semasa menjalankan tugas sebagai PPD.Beliau juga berterima kasih di atas jemputan pada majlis tersebut termasuk pegawai-pegawai beliau.Semoga PBPPPM DC Klang akan terus berjaya lagi.
Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang.

No comments:

Post a Comment