Sunday, May 26, 2013

Majlis Sambutan Hari Guru 2013 Anjuran Biro Wanita PBPPPM Negeri Selangor

 Majlis Sambutan Hari Guru 2013 anjuran Biro Wanita PBPPPM Negeri Selangor telah diadakan di pejabat persatuan di Jalan Jambu Bol JPN Shah Alam Selangor.Ianya diadakan pada hari Jumaat jam 10 pagi bersamaan dengan 17hb Mei,2013.Ianya turut dihadiri oleh Tn Hj Ajidan Bin Haji Hashim YDP Negeri Selangor dan En Norhamdan Bin Baharin Setiausaha Negeri Selangor.Selain itu turut hadir Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali bekas Setiausaha Agong PBPPPM dan isteri Pn Anniswal Bt Sabaruddin.Tuan  Bendahari Negeri Selangor Tn Hj 
Sukarman Bin Sanuri dan isteri juga turut hadir.Beberapa orang suami para peserta wanita juga turut hadir.Tetamu khas ialah YBhg Dato' Hj Raof Bin Hussin Presiden PBPPPM.Tn Hj Hashim peserta setia majlis-majlis Biro Wanita telah menjadi pembimbing bacaan Yaasin dan doa selamat sempena dengan majlis tersebut.Pn Khalijah Bt Shamsuddin selaku Ketua Biro Wanita memberi tahu majlis sepatutnya diadakan di dewan besar di luar pejabat persatuan tetapi oleh kerana atas kehendak ahli ianya diadakan di pejabat persatuan tahun demi tahun.Ini adalah disebab
kan ahli merasa selesa di situ dan ianya lebeh merupakan perjumpaan keluarga.Beliau juga di dalam ucapan aluannya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli-ahli wanita yang bagitu ramai turut hadir dan memberi sokongan termasuk dari segi kewangan.Pn Khalijah juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kehadiran Dato' Hj Raof selaku Presiden.Majlis menjadi bagitu gemilang dengan kehadiran Dato' Hj Raof.Dato' Hj Raof dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada
Biro Wanita yang telah berjaya mengadakan majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya.Beliau seterusnya memberi tahu bahawa PBPPPM sekarang sedang mencari identiti yang baru supaya pihak kerajaan memberi perhatian mengenai kaum guru.Kadangkala anak guru sendiri susah mendapat biasiswa walau pun yang menjaganya orang Melayu.Setelah bersusah payah barulah berjaya.Beliau juga memberitahu bahawa pihak Ibu Pejabat sekarang sedang menguruskan mendapatkan peruntukan dari kerajaan persekutuan supaya
dapat diagih-agihkan kepada semua negeri di Malaysia yang mempunyai cawangan PBPPPM di negeri masing-masing.Dengan peruntukan tersebut dapatlah PBPPPM di negeri masing-masing menjalankan aktiviti mereka khususnya dalam bidang kebajikan guru-guru bersara.Dalam masa terdekat beliau berharap permohonan itu berjaya.Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim selaku YDP Negeri Selangor dalam ucapannya memberitahu bahawa sambutan hari guru ini telah lama berjalan dan beliau sendiri telah mengalaminya lebeh 40 kali sejak tahun 
1972 semasa beliau mula-mula  bertugas sebagai guru siswazah.Perkhidmatan perguruan juga telah mengalami transformasi dalam masa lebeh 80 tahun lalu.Ianya adalah hasil kerja keras pihak kerajaan BN.Oleh itu kaum guru mestilah menghayati sejarah dan menghargai apa yang kerajaan buat..Dari skim perkhidmatan yang daif dan berpecah belah sebelum merdeka dahulu telah menjadi skim perkhidmatan yang setaraf  dengan skim perkhidmatan PTD dalam Perkhidmatan Awam.Hari ini untuk menjadi guru sudah susah tidak seperti 40 tahun lalu sebagai pilihan karier terakhir.Untuk menjadi guru sekarang mesti dapat semua A dalam semua mata pelajaran dan menjalani temu duga yang ketat sebelum berjaya.Ini adalah disebabkan terlalu ramai yang ingin menjadi guru.Yang memohon seramai 60,000 dan kekosongan hanya 20,000 orang.Amat malang sekali kalau ada kaum guru yang menentang kerajaan yang telah banyak berjasa kepada kaum guru dan perkhidmatan pendidikan.

Ajidan Bin Hj Hashim YDP PBPPPM Negeri Selangor

No comments:

Post a Comment