Saturday, September 8, 2012

Majlis Amal Dan Sambutan Aidilfitri PBPPPM DC Klang 8/9/2012

Majlis Amal dan Sambutan Aidilfitri PBPPPM DC Klang bagi tahun 2012 telah diadakan pada 8hb September,2012 bersamaan dengan hari Sabtu mulai jam 3.00 pm hingga 5.00pm di Kelab Eksekutif Bandar Baru Klang.Ianya telah diresmikan oleh YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail bekas Speaker DUN Selangor.Antara yang ditekankan oleh beliau dalam ucapanya ialah PBPPPM DC Klang merupakan Cawangan Daerah yang paling aktif dalam Negeri Selangor dan mempunyai ramai ahli di bawah pimpinan sekarang.Beliau berasa bangga kerana beliau juga bekas seorang guru dan pernah mengajar di STAR Klang dan di UM selaku guru Bahasa Melayu.Guru adalah golongan yang banyak memberi bakti kepada Negara khususnya ke arah memeperjuangkan kemerdekaan dan mempertabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.Adalah menjadi tugas guru memperbetulkan apa yang tidak betul dalam masyarakat.Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato' Rahman Bin Palil bekas Exco Selangor dan ADUN Sementa Kapar Klang.YBhg Professor Ramlah Binti Adam sejarahwan Negara dan suami,YBhg Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor yang baru Tn Hj Mahmud Bin Karim dan isteri,Puan Rohani Bt Abas selaku Pengerusi WI Klang dan jawatankuasanya,bekas-bekas pegawai kanan Pelajaran termasuk Tn Hj Othman Bin Zakariah bekas Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor,Pengetua-Pengetua,Guru Besar dan para jemputan khas serta ahli-ahli PBPPPM DC Klang.
Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim selaku Pengerusi dalam ucapannya memperingkatkan kembali kepada skim perkhidmatan guru 40 tahun yang lalu adalah daif dan gajinya kecil.Apabila merdeka kerajaan pusat/kerajaan perikatan telah menubuhkan Suruhanjaya Gaji Aziz pada tahun 1972 dan hasilnya skim perkhidmatan guru,penggajian dan perkhidmatan bertambah baik di bawah Skim Gaji Guru Aziz.Skim Aziz guru dibahagikan kepada dua katogeri sahaja iaitu guru siswazah dan bukan siswazah.Tun Dr Mahathir telah memperkenalkan skim gaji Kabinet 1 dan 2.Seterusnya Tun Abdullah Badawi bekas PM Malaysia telah memperkenalkan SSM.Skim gaji guru,perkhidmatan dan kemudahaan lain adalah setanding dengan PTD.Kita harusnya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan persekutuan yang sentiasa membela kaum guru.Budget negara juga ditingkatkan dari 6% kepada 20% untuk pendidikan.Sekolah dan kemudahan-kemudahan bertambah baik dan cantik setanding dengan negara-negara maju.Adalah menjadi tanggungjawab kaum guru mempertahankan kerajaan sekarang dalam pilehanraya ke 13 yang akan datang.Janganlah apa yang telah dibina selama 5 dekad rosak bagitu sahaja.Ikutlah contoh negara Jepun selepas Perang Dunia Kedua.Mereka maju dan cepat membangun kerana rakyatnya bersatu padu dan patuh kepada sistem beraja Jepun.

No comments:

Post a Comment