Friday, March 11, 2011

Aktiviti Biro Wanita PBPPPM DC Klang 2011

Biro Wanita PBPPPM DC Klang dipimpin oleh Pn Hajjah Maznah Bt Bahari dan Setiausahanya Pn Hajjah Hamidah Bt Rantam selain dari beberapa orang jawatankuasa yang aktif termasuk Pn Anniswal Bt Sabaruddin dan Hajjah Juriah bt Toha.Biro ini merupakan biro yang paling aktif menjalankan aktiviti  dalam Daerah Klang dan merupakan cawangan wanita Daerah yang paling aktif dalam negeri Selangor.Aktiviti yang dijalankan termasuk kursus kesihatan,lawatan ke hospital,majlis upacara agama,lawatan,sambutan hari guru,hari ibu dan menyertai semua acara induk DC Klang.Pada tahun ini ianya akan mengadakan kursus kesihatan pada 7hb Mei,2011 di Dewan Utama PPD Klang.Selain itu ianya akan mengadakan majlis upacara agama seperti Israj Mekhraj,penghayatan Ramadan dan sambutan awal Muharam apabila tiba masanya nanti.Satu lawatan akan dibuat untuk bercuti ke Hot Spring Sungkai Perak  dalam masa terdekat.Sesiapa yang beminat boleh menghubungi Puan Setiausaha Puan Hamidah Bt Rantam di talian 012-6510074.Lawatan ini terbuka juga kepada kaum lelaki yang berminat yang ingin membawa keluarga mereka.Hot Spring Sungkai ini sudah menjadi tersohor dan diurus oleh pihak FELDA dan mempunyai taraf Antarbangsa dan calet-calet untuk penginapan.Ianya sangat baik bagi mereka yang sakit dalam tulang dan ingin berendam dalam kolam air panas seperti di Sabah dahulu.

No comments:

Post a Comment