Thursday, March 17, 2011

Lawatan Biro Wanita Ke Sg Klah Hot Springs Park Sungkai Perak

Biro Wanita PBPPPM DC Klang akan membuat lawatan ke Sg Klah Hot Springs Park Sungkai Perak dalam masa terdekat.Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Setiausaha Pn Hamidah Bt Rantam ditalian 012-6510074 h/p.(Ahli dan bukan ahli) untuk butiran lanjut.Taman ini telah dibina dengan kos RM6 juta dan dibuka pada bulan December,2003.Ianya adalah taman air panas yang terbaik pengurusannya di Malaysia.Letaknya di ketinggian 200 kaki dari paras laut iaitu di kaki Banjaran Gunong Titiwangsa.Bila masuk ke kawasan ini kita akan terpesona dengan pemandangan yang sungguh indah,anak-anak sungai,tumbuhan yang menghijau,bukit bukau dan kawasan pergunongan.Kolam air panas ada untuk kegunaan umum dan ada untuk persendirian.Yang menarik ada kolam untuk aktiviti merebus telor dan suhu air boleh meningkat hingga ke 100 darjah Celcius.Penyukat suhu air boleh dilihat dan diletakkan dalam kolam air tersebut.Bagi mereka yang mengidapi penyakit sakit tapak kaki bolehlah berjalan dalam air panas di atas batu yang telah disusun untuk reflexoloji tapak kaki.Untuk kemudahan orang ramai disediakan 'Cafetaria' untuk snek dan mendapatkan minuman.Bagi mereka yang suka berurut secara 'traditional' boleh juga mendapat kemudahan tersebut di hujung minggu.
Sesiapa yang ingin bermalam di sana boleh mendapat tempahan villa.Jumlah villa semuanya 5 buah.Villa bilik dua (jenis A)dengan kos RM600 untuk hari biasa dan RM800 untuk hari minggu,cuti sekolah dan cuti umum. Villa bilik satu (jenis B) boleh didapati dengan harga RM 450 pada hari biasa dan RM600 di hujung minggu,cuti sekolah dan cuti am.Masuk ke Taman.Dewasa RM10.00 Kanak-Kanak RM8.00.Waktu operasi 8 pagi 10 malam.
Alamat:
Sungai Klah Hot Springs Park,36000 Sungkai Perak.
Tel:05-4388801 atau 03-26979772
Gambar 1 menunjukkan villa.Gambar 2 kolam air panas persendirian dan gambar 3 kolam air panas untuk umum.
Semua ahli-ahli PBPPPM DC Klang digalakkan menyertai rombongan ini kerana di samping pakej bercuti ianya mengandungi pakej kesihatan seperti berjalan dalam air panas dan mengurut secara traditional.Ahli-ahli PBPPPM DC Klang telah mendapat banyak faedah dengan menyertai lawatan ke Sabah dahulu dalam bulan April tahun lalu(2010) dan telah pergi ke kolam air panas di Taman Negara negeri Sabah.Selain dari Setiausaha Wanita ahli-ahli PBPPPM DC Klang boleh menghubungi Pengerusi Tuan Hj Ajidan Bin Hj Hashim  ditalian 010-2636414 untuk keterangan lanjut.Ahli juga boleh menghubungi Pengerusi Biro Wanita Pn Hajjah Maznah Bt Bahari di talian 017-2952258.Selamat Menyertai Percutian Anjuran Biro Wanita PBPPPM DC Klang.

No comments:

Post a Comment