Sunday, March 27, 2011

Apabila Guru Menulis 8


Dalam artikel yang lalu telah dibincangkan mengenai perhubungan luar seseorang Pengetua/Guru Besar.Pada kali ini kita akan membincangkan peranan seorang Pengetua/Guru Besar dalam mengurus fiskal plant dan keadaan persekitaran sekolah.Fisikal plant ialah segala kemudahan bangunan,makmal,bengkel,kantin,surau dsbnya yang terdapat dalam kawasan sekolah bagi kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran murid.Surau biasanya tidak disediakan kecuali sekolah berasrama penuh dan pihak sekolah kena menguruskannya dengan sumber sendiri saperti pibg,murid tua dan pihak yang ada hubungan dengan sekolah.Jika Pengetua/Guru Besar mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak luar tugas ini dapat dijalankan dengan baik dan cepat.Apabila merancang sebuah surau pastikan peruntukannya adalah mencukupi dan pelan yang disediakan lengkap  dan diluluskan oleh yunit pembangunan sekolah.Pastikan di mana ianya akan dibina.Jangan terburu-buru membina surau kerana ingin ada surau dan kemudian didapati tidak mencukupi dan disambung dengan bangunan baru dan akhirnya sekolah didapati seperti kawasan setinggan.Pada tahun 1980han dahulu 'Persatuan Pendidikan Malaysia' ada mengadakan kursus kepada Pengetua/Guru Besar mengenai menjaga persekitaran sekolah dan bagaimana membina bangunan baru di kawasan sekolah.Ianya mesti dibuat supaya terdapat keharmonian dengan bangunan lama dan kelihatan tersusun dan teratur.Jika keadaan di sekolah seperti kawasan setinggan maka ianya akan mempengaruhi minda murid.Kalau kawasan sekolah di sediakan cantik seperti   sebuah kampus universiti maka ianya akan membina minda yang sihat dan murid boleh berfikir dengan baik.Segala kemudahan fisikal plant di sekolah Pengetua/Guru Besar mesti memastikan ianya berada dalam keadaan baik dan dibaiki segera jika terdapat kerosakan.Pengetua/Guru Besar mesti membuat 'round up' supaya mengatahui di mana terdapat kerosakan.Kalau sibuk, minta tolong dengan Penolong Kanan untuk membantu.Ada sekolah yang Pengetua/Guru Besar tak ambil tahu kalau pagar sudah rosak dan dicerobohi oleh pihak luar.Sekolah juga mesti ditanam dengan pokok dan tumbuh-tumbuhan yang kelihatan segar bogar dan sentiasa menghijau.Jenis pokok juga mesti dipilih dengan baik.Pihak 'landscaping' Majlis Bandaran boleh membantu.Saya masih teringat seorang Pengarah di Selangor dahulu kalau beliau datang melawat ke sekolah beliau 'round' kawasan sekolah dahulu termasuk tandas.Katanya kalau kawasan sekolah berseh,tandas berseh tentu pengurusan juga baik.Kebersehan adalah lambang kepada kesempurnaan pengurusan.Jika sekolah besar dan murid ramai pastikan dipinggir bangunan tidak terdapat sampah sarap.Pengetua /Guru Besar mesti mengambil langkah supaya di pinggir bangunan sentiasa berseh dari sampah sarap.Ada juga sekolah di atas tempat letak kereta penuh dengan sampah sarap dan tumbuh-tumbuhan kerana pihak pengurusan tak pernah ambil tahu.Tugas-tugas bagini harus diagih-agihkan kepada penolong-penolong kanan untuk membantu sebagai satu team.Kalau tidak ianya tidak akan berseh.Pengetua/Guru Besar juga harus mengambil tahu bagaiman sesebuah sekolah boleh memenangi juara 3K (Daerah Klang).Pada masa sekarang sudah menjadi trend apabila kelas tidak mencukupi mesti dibina kelas baru.Ini satu amalan yang tidak baik dan bertentangan dengan falasah pengurusan.Pihak Pengetua/Guru Besar jika murid mereka diramalkan melebehi 1500 orang buat perancangan untuk dibina sekolah baru.Dengan adanya sekolah baru lebeh ramai guru dapat naik pangkat dan jadi pentadbir.Pihak PIBG boleh membantu bagi mendapatkan sekolah baru.Pengetua/Guru Besar mesti rapat dengan wakil rakyat untuk mendapat sekolah baru.Itu tugas mereka.Malangnya ada Pengetua/Guru Besar yang tak pernah sampai ke rumah wakil rakyat walau pun ada majlis rasmi seperti jamuan Hari Raya atau perkahwinan anggota keluarganya.Sekolah yang ideal ialah jika muridnya kira-kira 1200 orang.Penulis telah melawat ke sekolah cemerlang di luar negara seperti di Kanada,Jepun,Korea,negara-negara Asean jumlah muridnya sekitar 800 orang.Sekolah berasrama penuh pada tahun 80han dahulu jumlah muridnya sekitar 800 orang juga.Kemampuan seorang Pengetua/Guru Besar mentadbir sekolah dengan baik ialah sekitar 1000 orang juga bukan mentadbir sekolah yang muridnya mencecah 3,000 atau 4,000 orang.Kalau ada ini bermakna pihak sekolah dan PIBG tidak membuat perancangan dengan baik.Soal tanah boleh difikirkan.Ada kawasan laut yang boleh ditimbus.Tanah ladang yang boleh diambil dsbnya.Bukankah Putra Jaya dibina kerana Kuala Lumpur telah mencapai optimumnya dan sukar dibuat perubahan khususnya dari segi lalu lintas,perumahan,taman rekreasi dsbnya.Kenapa Pengetua /Guru Besar tidak berfikiran bagitu.Sebenarnya setiap masalah dapat diatasi jika kita berniat membuat perubahan.Sekolah yang besar mempunyai banyak masalah.Masalah pengurusan guru,displin murid,penyusunan jadual waktu,mengenali semua guru dan kakitangan secara mendalam,kekurangan buku teks dsbnya.Perkara yang paling penting ialah pencapaian akademik.Sukar mendapat ranking di bahagian atas dari segi pencapaian akademik sekolah kerana murid yang terlalu ramai hendak diurus.Masalah guru dan kakitangan juga akan timbul jika kakitangan mencapai lebeh 100 orang.Pengetua/Guru Besar mesti pandai merancang masa depan sekolahnya jika beliau ingin mengurus sekolah dengan baik.Pengetua/Guru Besar adalah agen perubahan.Itulah matlamat seorang pentadbir/pengurus yang cemerlang.Sekolah yang baik mesti memberi kepuasan kepada ibubapa murid,dirinya,guru-gurunya dan kepada masyarakat sekitarnya apabila melihat pencapaian sekolah dari segi akademik dan bukan akademik.Gambar satu menunjukkan SMK La Salle Klang yang telah menjadi sesak tetapi berseh dan Gambar 2 SRJK(C) Pin Hwa 2 Setia Alam yang mempunyai pentadbir dan Lembaga Pengurus yang sentiasa memandang ke hadapan.Sekolah SRJK(C) Pin Hwa 2 mempunyai persekitaran sekolah yang berseh dan cantik untuk mengalu-ngalukan siapa sahaja yang melawat sekolah tersebut.Mereka telah berpindah dari Bandar Klang yang sesak dan sempit ke satu bandar baru Setia Alam pada lewat  tahun 2000 untuk keselesaan dan masa depan sekolah yang cemerlang,gemilang dan terbilang.Kerja keras Guru Besar En Lee Peng Shin,Lembaga Pengurusnya berserta dengan PIBG telah memberi kejayaan kepada perpindahan dan pembinaan sekolah tersebut.

No comments:

Post a Comment