Monday, March 7, 2011

Apabila Guru Menulis 7

Dalam artikel yang lalu 'Apabila Guru Menulis 6' telah dibincangkan tugas seorang Pengetua/Guru  Besar.Salah satu tugas yang penting ialah perhubungan luar seperti dengan ibu bapa murid,PIBG,Lembaga Pengurus,Jabatan-Jabatan lain dalam sektor awam seperti Pejabat Daerah,Majlis Daerah,Majlis  Perbandaran dsbnya.Selain itu perhubungan dengan pihak swasta yang boleh membantu sekolah juga penting.Seorang Pengetua/Guru Besar yang baru ditukarkan ke sekolah baru perlu mencari peluang untuk mewujudkan hubungan ini.Pada masa sekarang sangat sadikit pihak Pengetua/Guru Besar yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak luar sekolah.Jika kita hendak rapat dengan orang kampong apabila kita sampai sahaja di sekolah baru cari peluang untuk berkunjung ke rumah Ketua Kampong,Pemimpin Tempatan,Pak Imam dsbya.Jika ada majlis perkahwinan dan kematian kita hadir dan dapatlah kita bergaul dengan mereka dan mengatahui sosial budaya sesuatu komuniti.Saya teringat sebuah sekolah berasrama harian yang letaknya di sebuah bandar kecil  dan murid-murid perempuan di sekolah  tersebut diserang 'histeria'.Pada mulanya ramailah pakar-pakar saikoloji dari Kementerian Pelajaran yang dihubungi hadir ke sekolah termasuk dari unit kaunseling.Bagitu juga doktor tempatan yang bertugas di bandar tersebut.Penyakit tersebut tidak juga reda.Atas nasihat seorang guru seorang bomoh tempatan yang memang diketahui mempunyai kemahiran dalam bidang ilmu ghaib telah dijemput.Dengan izin Allah penyakit tersebut telah reda dan murid-murid beransur-ansur puleh.Ianya ada kaitan dengan sosio budaya tempatan dan sejarah sekolah tersebut.Hubungan dengan Pejabat Daerah juga penting dan dalam surat pekeliling JPA ada dinyatakan bahawa DO adalah ketua kepada jabatan-jabatan lain dalam Daerah.Kalau ada banjir atau bencana alam DOlah Pengerusinya.Saya teringat ketika bertugas di Daerah Kuala Langat Selangor seorang DO yang amat aktif telah mempelawa saya ke pejabatnya kerana kenalan keluarga.Untuk memastikan guru juga turut terlibat dalam permainan 'golf' beliau menawarkan kepada saya 1 set kayu golf dan belajar bermain dengan team beliau.Pada masa itu tahun 1970han dan ada projek AMP dan beliau menjadikan sekolah saya pusat AMP.Banyaklah faedah yang saya dapat dan Timbalan Menteri Pelajaran dijemput merasmikan majlis AMP.Di samping itu saya kenal dengan jurutera daerah (JKR) dan kalau ada kerosakan di sekolah cepat-cepat kakitangan beliau datang.Pada masa itu belum ada unit selenggaraan di bawah jabatan pendidikan.DO tersebut bukan siswazah tetapi kerana aktifnya selepas bersara beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perlesenan untuk Negara.Satu jawatan yang setaraf dengan Superscale A.Saya juga dianugerahkan pingat PJK oleh Pejabat Daerah ketika usia masih muda 30han.Gambar 1 menunjukkan SMK Dato Hamzah Pelabuhan Klang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak luar dan dapat banyak faedah pembangunan.Antaranya sebuah pondok murid berehat dan jalan diturap dengan wang pihak awam.Gambar 2 menunjukkan SMK MGS Klang yang mempunyai hubungan baik dengan pihak luar.Pengetua sekolah tersebut Pn Maznah Bt Abd Hamid telah menjemput bekas Ketua Pengarah JKR Malaysia Tan Sri Talha Bin Hj Mohd Hashim bersarapan pagi di sekolah beliau.Hasilnya beliau mendapat sumbangan pagar otomatik,tempat perhimpunan dan menaik taraf bilik guru yang kosnya ditanggung oleh keluarga Tan Sri.Satu kenangan abadi yang tak boleh dilupakan.Sayugia dinyatakan sekolah tersebut ialah sebuah sekolah bantuan modal dan terpaksa mencari wang sendiri untuk kerja-kerja pembangunan di sekolah tersebut.Tak lama kemudian pengetuanya naik pangkat di Kementerian Pelajaran.Banyak sekolah lain di daerah Klang yang mempunyai hubungan awam yang baik dan sekolah mereka sentiasa bergerak ke hadapan.Semoga sekolah sekolah lain menjejak langkah yang sama untuk maju ke hadapan.

No comments:

Post a Comment