Tuesday, November 23, 2010

Kursus Komputer Anjuran PPD Klang dan PBPPPM DC Klang 2009

Mendekati komputer merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh PBPPPM DC Klang sejak tahun 2008 sehingga sekarang(2010).Minat ahli tidak lain dan tidak bukan supaya dapat mengikuti perkembangan semasa dalam bidang IT di samping menanamkan talian siratulrahim antara guru yang sedang bertugas dengan yang sudah bersara.Pada masa sekarang sudah ada ahli jawatankuasa dan ahli yang sudah pandai membuat Blogs dan Facebook.Ada yang sudah layak jadi fasilatator IT jika ada kursus.Dalam gambar ini kelihatan Tn Hj Sukarman,Tn Hj Wahab(Setiausaha) dan Tuan Hj Usman Soparman sedang berbincang mengenai pelajaran yang di ajar oleh guru IT.Pada bulan November,2010 kursus diadakan  di SK Kg Jawa Klang(Sekolah lama) dan mendapat sambutan ahli-ahli antaranya bekas PPD dan Timbalan Pengarah Jemaah Nazir Malaysia Puan Jariah Bt Napiah.Kursus akan datang akan diadakan awal tahun hadapan(2011) dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi Setiausaha Tuan Hj Abd Wahab.No Tel. 012-3593044 hp / Pengerusi Tuan Hj Ajidan Hashim 010-2636414 hp

No comments:

Post a Comment