Tuesday, November 23, 2010

Lawatan Ke Sabah PBPPPM DC Klang 2010

Lawatan ke Sabah pada awal tahun 2010 anjuran PBPPPM DC Klang merupakan satu lawatan yang sentiasa menjadi kenangan ahli-ahli kami kerana ianya merupakan lawatan kali pertama bagi kebanyakan peserta yang berjumlah hampir 20 orang.Lawatan tersebut telah membawa peserta ke kaki Gunung Kinabalu,Muzium Sabah dan melawat kawasan bukit bukau di Sabah yang indah pemandangannya.Di perkampongan nelayan kami dijamu dengan menu 'seafood' yang menyelerakan dengan persembahan tarian kebudayaan masyarakat Sabah yang unik itu.Tidak lupa juga kami dibawa membeli belah di pasar ikan termasuk ikan terubuk dan bilis keluaran Sabah di samping membeli udang untuk kenang-kenangan kaum keluarga di rumah.Sabah sedang membangun dan kami dibawa melawat kawasan perumahan dan bandar baru yang sedang dibina dengan 'supermarket' yang hebat dan moden.Khabarnya pelaburan dari Singapura ada melabur di Sabah dan sedang berkembang.Semoga Sabah akan terus membangun dan maju khususnya dalam bidang pendidikan tinggi dengan adanya Universiti Sabah dan cawangan UiTM  di sana.

No comments:

Post a Comment