Tuesday, November 23, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran PBPPPM DC Klang 2009

Majlis Sambutan Hari Raya merupakan aktiviti yang amat popular di kalangan ahli-ahli PBPPPM DC Klang.Setiap tahun kehadiran adalah melebehi 100 orang.Pada tahun 2009 ianya diadakan di Hotel Gold Course Klang dan diresmikan oleh YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.Pada tahun 2010 di samping mengadakan majlis Hari Raya ianya juga merupakan majlis amal untuk mencari dana untuk persatuan.Kehadiran ahli mencecah 150 orang dan kami ingin merakamkan setinggi-tingi Terima Kasih kepada ahli dan bukan ahli yang menyokong kami termasuk Pengetua dan Guru Besar dalam Daerah Klang yang telah turut serta.Ucapan Terima Kasih juga diucapkan kepada Tuan PPD Klang Puan Noraini Bt Hj Tahir yang telah turut serta dalam majlis tersebut.Adalah diharapkan pada tahun hadapan jika umur panjang kami dapat mengadakan majlis yang sama dengan sokongan semua pihak.Gambar di atas menunjukkan Majlis Perasmian Oleh YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail bekas Speaker DUN Selangor menyampaikan ucapannya di Hotel Gold Course Klang(2009)

No comments:

Post a Comment