Monday, November 22, 2010

Ahli Setia PBPPPM DC Klang Encik N Velu

Salah seorang ahli PBPPPM DC Klang yang sentiasa mengikuti rombongan dan mesyuarat-mesyuarat PBPPPM ialah En N Velu.Dalam gambar di bawah beliau kelihatan tenang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Langkawi (2009)dengan menaiki kapal terbang  'Air Asia'.Beliau telah pergi Ke Johore Bharu(2004),Tasik Banding Perak (2004),Bali (2005),Bukit Tinggi Sumatra (2007), Jawa Tengah dan Jogjakarta(2008),Kuala Trengganu (2008),Sabah (2010) dan pada 3hb dan 4hb December,2010 ke Seremban meghadiri Mesyuarat Agung PBPPPM  kali ke 9.Encik N Velu ialah bekas Setiausaha Bahagian MIC Kapar dan kerana jasanya terhadap masyarakat beliau telah dianugerahkan bintang PJK(Selangor).Beliau adalah bekas guru di SRJK(T) Vallamrosa Kapar Selangor dan merupakan seorang guru yang dedikasi dan dianugerahkan khidmat Cemerlang sebelum bersara 1997.Hobbinya membaca,jogging,melawat luar dan dalam negeri dan bercampur gaul dengan semua kaum khususnya orang Melayu.Beliau suka makan 'ikan pekasam' keluaran Lenggong.Sebelum dan selepas bersara beliau mengajar POL(Tamil) di beberapa buah sekolah Menengah dan Rendah dalam Daerah Klang.Antaranya SMK Meru,SMSAS Bukit Kuda Klang,SK Telok Pulai sehingga berumur 60 tahun.Beliau mempunyai 5 orang anak dan semuanya lulus Universiti, seorang jurutera,seorang wartawan(Bh Inggeris),seorang pengurusan hotel dan dua orang guru mengikuti jejak bapanya.Syabas dan Tahniah.Gambar di atas beliau bersama Setiausaha Agong Tuan Hj Markom Bin Hj Ghazali di hadapan Borobodor Jawa Tengah(2008).

No comments:

Post a Comment